Ahad, November 22

Cuti Penggal Persekolahan Bermula

Selamat bercuti kepada semua murid dan kakitangan................

Blog Pelayaran ini masih aktif walaupun cuti sekolah. Berita-berita yang penting akan dicatatkan oleh penulis.Semua guru dan ibu bapa boleh melayari bagi mengetahui berita terkini dan informasi terbaru mengenai SKTL........

Khamis, November 19

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009 telah dikeluarkan pada 19 November 2009 yang mana telah diumumkan Oleh Encik Hasrul di Dewan Harapan .SKTL menyinar dengan adanya sebutir bintang iaitu adik Nur Wani Wajihah Binti Yusof telah mendapat 5A. Hadaina mendapt 4A1B dan Nazhan dan Nur
Adira mendapat 3A2B.

PENCAPAIAN KESELURUHAN UPSR 2009 SEBANYK 68.9%

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) MENDAPAT 92.2 %
BAHASA MELAYU (PENULISAN) MENDAPT 98 %
BAHASA INGGERIS MENDAPAT 75 %
MATEMATIK MENDAPAT 92 %
SAINS MENDAPAT 80 %

Tahniah kepada semua murid yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan kepada yang tidak berapa berjaya, cuba lagi dengan bersungguh pada masa akan datang. Tidak lupa juga tahniah kepada semua guru, kerana andalah penghubung kepada kejayaan. Terima kasih juga kepada PIBG yang sentiasa memberi sokongan.

Sukaneka SKTL


Telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada hari Rabu dan Khamis.Sukan ini terbuka kepada semua murid dan akan bertanding mewakili rumah sukan masing masing.Terbahagi kepada dua kategori iaitu sukaneka bagi tahap 1 dan sukaneka bagi tahap 2.

Bagi tahap 1 sukaneka yang dipertandingkan ialah bawa bola dengan gelung rotan , isi air dalam botol , susun tin. Bagi tahap 2 pula ialah sukaneka susun batu bata, bawa getah dengan straw dan penalty drunken master.

Boleh dikatakakan semua murid SKTL dapat menyertai sukaneka ini.Tahnih buat penyelaras program iaitu Encik Hanif dapat menjalankan aktiviti dengan berjaya.

Lawatan RIMUP Ke Batu Pahat


Seramai 30 orang murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat bergabung dengan murid sekitar Pasir Gudang menjalankan aktiviti RIMUP. Guru pengiring bagi mewakili SKTL ialah Cikgu Harry Antara aktiviti yang paling menarik ialah melawat ke kilang Membuat keropok.
Tahniah kepada murid yang menyertai.

Lawatan Ke Taman Buaya, Pasir Gudang

Lawatan ke Taman Buaya telah diadakan pada 13 November 2009.Program ini diselaraskan oleh Encik Azrool dan Encik Hanif Musa. Merupakan satu pengalaman baru kepada guru dan murid kerana dapat melihat buaya dari dekat.

Sebanyak 3 buah bas telah ditempah khas bagi membawa murid seramai 250 orang ke sana.
Antara aktiviti yang dijalankan disana ialah penerangan dan sesi soal jawab oleh petugas Taman Buaya dan permainan kecil . Ada juga beberapa orang murid diberi kesempatan untuk memberi makan buaya dan memegang anak buaya.

Semoga program ke Taman Buaya Pasir Gudang dapat diteruskan lagi pada masa mendatang.

Isnin, November 16

Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur

Selamat menjalani ibadat haji kepada Encik Zaki dan isteri ke Tanah Suci Mekah.Semoga mendapat haji yang mambrur dan berkeadaan sihat untuk menjalani ibadah haji disana.

Warga SKTL

Khamis, November 12

HARI ANUGERAH CEMERALNG




SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PIHAK
KEMPAS EDIBLE OIL
kerana sudi merasmikan


Para pelajar yang berjaya menerima anugerah kecemerlangan diucapkan tahniah dan syabas.
Semoga majlis ini akan merangsang lagi kejayaan untuk para pelajar yang lain.

HARI ANUGERAH CEMERLANG

Anugerah Cemerlang 2009 telah dijayakan pada 6 November 2009 bersamaan hari Jumaat . Wakil Kempas Edible Oil Encik Imran Ismail dan Cik Norliza Saparin hadir untuk perasmian majlis. Pihak pengurusan mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada pihak KEMPAS.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA




Ahad, November 1

KEMBARA RIMBA

En Harry ....En Suhardi .......Encik Mos berjaya menjalankan program KEMBARA RIMBA bersama para pelajar tahun 6 sesi 2009......................Masa terluang terisi dengan aktiviti berafedah.

FOOD FEST

Julung julung kali FOOD FEST dijayakan oleh para pelajar tahun 6 untuk mengisi Program Selepas UPSR. Syabas...teacher Afiza dan rakan - rakan guru tahun 6. Tahun depan boleh order ice blender untuk guru - guru ..............................................hari tu tak cukuplah.......

Program Selepas UPSR ( LAWATAN )

Para pelajar Tahun 6 menyertai lawatan ke Kuala Lumpur bersama guru - guru tahun 6. Terima kasih diucapkan kepada guru - guru pengiring.

SALAM PERPISAHAH



Encik Muhammad Najib Sulaiman GPK HEM SKTL berpindah setara ke SK PG 4 sebagai GPK KO KURIKUUM. Warga SKTL kehilangan seorang lagi orang lama D'Tanjung. Encik Najib telah menabur bakti berkhidmat selama 14 tahun di SKTL. Seorang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab.

Khamis, Oktober 29

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Peperiksaan Akhir tahun 2009

27 Oktobee - 30 Oktober 2009
Try the best .........

Selasa, Oktober 20

SUMBANGSIH KEMPAS EDIBLE OIL

Pihak KEMPAS EDILE OIL Pasir Gudang di bawah program khidmat masyarakat turun padang bersama sekolah - sekolah kawasan Pasir Gudang .SKTL telah dipilih untuk projek murni ini. Pelbagai bentuk sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak KEMPAS .
  1. Sumbangan Program akhbar di sekolah
  2. Motivasi kepada calon UPSR 2009
  3. Sumbangan untuk menjayakan program MAS ( Minggu Alam Sekitar )
  4. Sumbangan meja serbaguna

Sabtu, Oktober 17

PROGRAM SELEPAS UPSR




Pertandingan persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring
SK Tg Langsat VS SK Kota Masai
Syabas SK Kota Masai

D'Tanjung terus membangun

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak PPD unit pembangunan kerana peka dengan perkembangan pembangunan D'Tanjung. Pihak sekolah telah pun mendapat projek baik pulih bumbung dan syiling sekolah. Projek kedua ialh projek naik taraf padang sekolah. Semoga projek pembangunan ini akan dapat menambah semangat warga D'Tanjung untuk terus maju mengejar matlamat PIPP.

GEMA AIDILFITRI



Tanggal 15 Oktober 2009 pihak PIBG sekolah berjaya melaksanakan program GEMA AIDILFITRI pada jam 8.30 malam hinggan 10.30 malam. Kehadiran yang sangat menmberangsangkan. Terima kasih kerana ibu bapa memberikan komitmen yang sangat baik bagi menjayakan program.

Rabu, Oktober 7

PEMERGIAN MENGEJUT MENDIANG FRANKY SIM


Encik Franky Sim , Guru Besar SKTL disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Muar kerana serangan mengejut darah tinggi ketika beliau berada di sebuah kedai. Jenazah mendiang telah disemadikan di perkuburan Pagoh Muar.
Seluruh warga D'Tanjung terkejut dan bersedih dengan pemergian beliau. Beliau seorang Guru Besar yang berdisiplin , berwibawa , sentiasa menunjukkan komitmen yang baik kepada sekolah. Sepanjang beliau bertugas di sekolah selama 2 bulan 14 hari di SKTL beliau sempat menabur bakti terbaik di SKTL. Beliau sempat menanam 10 batang anak kelapa mawar , mengalihakn pokok pinang raja yang menghiasi sekolah ke lokasi yang lebih menarik. Hari terakhir beliau berada di sekolah beliau telah sempat menurunkan kreativiti hasil mural beliau bersama pelajar Tahun 6 dan Encik Kamsani. Sempat juga beliau melaksanakan projek menukar nakor tingkat2 bangunan Blok D dan melebarkan lagi kawasan parking kereta bersama pekerja sekolah.
Beliau juga membantu guru guru tahun 6 di saat genting PECUTAN AKHIR UPSR. Beliau turut serta turun padang mengajar Bahasa Inggeris di tahun 6 , menghadiri dan meraikan program majlis restu , majlis berbuka puasa dan solat hajat perdana. Mendiang sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak seperti PIBG, guru - guru , pekerja sekolah dan juga penduduk setempat. Perjalanan yang sangat baik dicontohi............dan sukar diikuti.
SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT

Isnin, September 28

Program Selepas UPSR

Program selepas UPSR
  1. Perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring SKTL dan SKKM - Tahniah SKKM mendahuli pertandingan
  2. Program Keceriaan Mural Sekolah - Sentuhan kreatif guru dan murid
  3. Pertandingan In door games - Penyelaras En Harry
  4. Program Konflik Remaja - Jemputan Penceramah Luar (Tn Hj Mohd Nor Jaafar)
  5. Program Lawatan ke Taman Buaya - Penyelaras Encik Noorazrol
  6. Program PROTIM , BUKU SKRAP KT , PSV DAN KH - Semua pelajar hantar sebelum cuti.
  7. Projek keceriaan - tanaman hiasan
  8. Lawatan ke Kuala Lumpur - Penyelaras Encik Hafiz
  9. PRA Sekolah menengah - Encik Rosdi Musa
  10. Mesra Akhbar - Cik Afiza Jamaludin

Jumaat, September 18

E-Gtukar

EG-tukar......Guru - guru yang memohon pertukaran di dalam negeri atau di luar negeri didoakan semoga berjaya......Kita lihat nanti....siapa dikalangan kita yang dah ditukarkan rezekinya D'Tanjung...

LDP 2009




Latihan dalam perkhidmatan sesi 2009.

KHATAM AL QURAN , SALAM LEBARAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA

Salam AidilFitri buat seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia. Semoga Lebaran ini membawa seribu kenangan istimewa kepada kita semua mat Islam. Program berbuka puasa , khatam Al quran dan Majlis Sumbangan kepada pelajar miskin.

Jumaat, September 4

Air mata kekasih Allah

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turunmenahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllahdengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, paramalaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menantikedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruhRasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnyamenunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kaumelihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah padaMalaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidaktertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semuasiksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulaidingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetarseakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka

Greates of petaiiii

ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR Little did you know ...... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again! Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet. Depression: According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contains tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier. PMS(premenstrual syndrome): Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood. Anaemia: High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia. Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke. Brain Power : 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert. Constipation: High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives. Hangovers: One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system. Heartburn: Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief. Morning Sickness : Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness. Mosquito bites : Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation. Nerves: Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system. Overweight: Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady. Ulcers: Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach. Temperature control : Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Holland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature. Seasonal Affective Disorder (SAD) : Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan. Smoking: Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal. Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack. Strokes: According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%". Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape! So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away".

Fadilat Amal

Ibn Umar, may Allah be pleased with him, relates that the Holy Prophet, peace and blessings of Allah be upon him, said: "Islam is based on five articles:
. To bear witness that there is none worthy of worship save Allah and that Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) is the Messenger of Allah.
2. To observe Prayer (Salat).
3. To Pay Zakat (Alms giving)
4. To perform the Pilgrimage to the House of Allah (Hajj).
5. To Observe fasting during Ramadhan." (Bukhari)
Abdullah ibn Amr bin Aas, may Allah be pleased with them, relates that the Holy Prophet, peace and blessings of Allah be upon him, said:
"A Muslim is one against whose tongue and hands other Muslims are secure, and an Emigrant is one who departs from what Allah has forbidden." (Bukhari)

Cukuplah Allah sebagai wakil


UPSR telah berlalu...........

Guru - guru dan murid Tahun 6 kini tidaklah lagi seresah dahulu. Soalan dah lihat .....jawapan dah tulis.....yang tak dapat jawapan dah selawat banyak - banyak .......yang teragak - agak dah pun mencuba sedaya upaya ketika menjawab......... yang tinggal kini adalah keputusan .... semua telah pun ditetapkan olehNYA............ Cukuplah Allah sebagai wakil bagi menyelesaikan masalah terdahul dan akan datang. Syabas .... guru - guru SKTL dan tak lupa untuk PIBG dan juga Tina Genius Communications di atas kerjasama dan dorongan kepada para pelajar.

Oh , Allah ! Please forgive us

Ibn Umar, may Allah be pleased with him, relates that the Holy Prophet, peace and blessings of Allah be upon him, said: "Islam is based on five articles:
1. To bear witness that there is none worthy of worship save Allah and that Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) is the Messenger of Allah.
2. To observe Prayer (Salat).
3. To Pay Zakat (Alms giving)
4. To perform the Pilgrimage to the House of Allah (Hajj).
5. To Observe fasting during Ramadhan." (Bukhari)
Abdullah ibn Amr bin Aas, may Allah be pleased with them, relates that the Holy Prophet, peace and blessings of Allah be upon him, said:
"A Muslim is one against whose tongue and hands other Muslims are secure, and an Emigrant is one who departs from what Allah has forbidden." (Bukhari)

Fadhail Amal

Ibn Umar, may Allah be pleased with him, relates that the Holy Prophet, peace and blessings of Allah be upon him, said: "Islam is based on five articles:
1. To bear witness that there is none worthy of worship save Allah and that Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) is the Messenger of Allah.
2. To observe Prayer (Salat).
3. To Pay Zakat (Alms giving)
4. To perform the Pilgrimage to the House of Allah (Hajj).
5. To Observe fasting during Ramadhan." (Bukhari)
Abdullah ibn Amr bin Aas, may Allah be pleased with them, relates that the Holy Prophet, peace and blessings of Allah be upon him, said:
"A Muslim is one against whose tongue and hands other Muslims are secure, and an Emigrant is one who departs from what Allah has forbidden." (Bukhari)

Sabtu, Ogos 29

PIBG SKTL.....Komitmen yang sangat baik bagi sesi 2009.....tahniah kerana inisiatif menjayakan PERTANDINGAN MEMANCING........HARI TERBUKA SEKOLAH.............. SAMBUTAN MAULIDUR RASUL...........MAJLIS PERPISAHAN GURU - GURU SKTL SESI 2009 ..........SAMBUTAN HARI GURU.............MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MAJLIS RESTU........JUALAN KAD RAYA...........dan projek berikutnya .......semuga berjaya




Coretan memori

Pecutan Akhir UPSR


Teruskan Usaha
Jangan pandang belakang
Pandanglah kepada kecemerlangan hari depan

MENJEJAK JEJAK JEJAK KEJAYAAN




MERINTIS KEJAYAAN