Selasa, Februari 23

UPSR 2010

UPSR 2010


IMPIAN JADIKAN KENYATAAN
JANGAN BIARKAN HARAPAN HANYA
TINGGAL HARAPAN TERUSKAN USAHA
IMPIAN JADIKAN KENYATAAN
JANGAN BIARKAN HARAPAN HANYA TINGGAL HARAPAN TERUSKAN USAHA

KERABAT D'TANJUNG

  • Lagi insan mulia menjadi kerabat baru D'Tanjung. Anak Puan Nelly dan saat mendebarkan anak Encik Hasrul. Seorang lagi kerabat D'Tanjung akan lahir Julai tahun ini insyaallah...............anak Ustazah Rosni......... Kata orang lagi banyak anak lagi banyak rezeki.......Bersama kelahiran telah pun ditetapkan rezekinya, jodohnya dan ajalnya.

AHLAN WAHSAHLAN KEPADA KERANI BARU

  • Julung kali D'Tanjung menerima kerani perempuan.
  • Semoga kehadiran kerani baru ini dapat membantu sistem pengurusan fail , perkhidmatan dan kewangan sekolah berjalan lebih lancar.

PLBS dan SBOA

  • Pentaksiaran Berasaskan Sekolah dilaksanakan oleh guru - guru BM dan BI.
  • Tahniah guru - guru SKTL.....team work yang sangat baik.
  • Guru - guru berjaya melaksankan PLBS dan SBOA.

Pelancaran Minggu Sains dan Ucapan Dasar Minggu Anti Dadah

  • Guru guru Sains telah merancang pelaksanaan Minggu Sains. Guru Besar Encik Mohd Abbas Roban telah merasmikan pelancaran minggu sains pada 21 Februari 2010. Tahniah guru guru Sains Encik Suhardi , Encik Mohd Syah dan Encik Mohd Ghazali.......
  • Ucapan dasar oleh Ketua Pengaran Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Minggu Anti Dadah Kebangsaan yang telah dibacakan oleh GPK Kurikulum SK Tanjong Langsat. Pelancaran Minggu Anti Dadah seretak dijalankan bersama minggu Sains.

Khamis, Februari 18

ANUGERAH UPSR

Nur Wani Wajihah

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6

Program ramah mesra bersama ibu bapa pelajar tahun 6 talah dijalankan di dewan haapan SKTL. Alhamdullillah kehadiran yang memuaskan. Kerjasama yang baik di antara guru dan ibu bapa. Ucapan dasar YDP PIBG dan ucapan GB penuh semangat. Semoga perjumpaan ini akan membuahkan hasil yang baik pada musim UPSR kelak.





Lawatan Sambil Belajar

20 orang pelajar Tahun 6 bersama 6 orang guru mengadakan lawatan sambil belajar ke KEMPAS EDIBEL OIL. Pihak sekolah mengucapkan ribuan penghargaan kepada pihak KEMPAS kerana sambutan yang memberikan kesan yang besar kepada pihak sekolah khasnya kepada para pelajar. Semoga KEMPAS akan terus maju dan berjaya mencipta sejarah pemasaran global di peringkat antarabangsa. Jumpa lagi di lain kali ....