Rabu, Mac 17

MENGGAPAI BINTANG


TAHNIAH
ATLIT SEKOLAH MENYERTAI SUKAN OLAHRAGA DAERAH PASIR GUDANG
  1. TEMPAT KETIGA LOMPAT JAUH P12
  2. TEMPAT KETIGA 200M P12 ,
  3. TEMPAT KEEMPAT LOMPAT TINGGI P12
  4. TEMPAT KEEMPAT LOMPAT TINGGI L12

PELANCARAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

  • Sambutan Maulidur rasul dilancarkan pada hari Isnin 8 Mac 2010. Tuan Guru Besar telah merasmikan pelancaran dengan memotong banner siaran.
  • Sepanjang minggu telah diadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan marhaban,pertandignan nasyid,azan,hafazan ,pertandingan sepandok,tulisan jawi cantik dan juara tasmik.
  • Acara kemuncak perarakan telah diadakan pada hari Jumaat dan diikuti dengan ceramah dari Al Ustaz Samian ( Guru Besar SK Agama Perigi Aceh ).
  • Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dan juga Panitia Agama Islam yang menjayakan programMaulidur Rasul

MEMANTAPKAN UKHWAH DAN MEMPERKASAKAN UMMAH


Rabu, Mac 3

LINUS PROTIM DAN UPPM 1

  • 2 Mac hingaa 4 Mac 2010.
  • Program LINUS telah pun dilaksanakan oleh En Mohd Hanif dan En Noorazrool Sharifudin untuk pelajar Tahun 1. Semoga program baru ini dapat mengatasi masalah sifar buta huruf dengan lebih berkesan lagi.
  • Program PROTIM juga dijalankan serentak oleh Encik Suhardi Rosli dan Puan Hasmiza Hashim . Gandingan kerjasama yang sangat baik.
  • PKSR dan UPPM 1 juga dilaksanakan serentak bermula 2 - 4 Mac. Semoga murid - murid dapat memperlihatkan pencapaian yang cemerlang nanti.

Selasa, Mac 2

MESYUARAT AGONG PIBG


  • Terima kasih kepada YB Encik Teng Boon Seng kerana sudi merasmikan mesyuarat AGONG PIBG ke 33.
  • Tahniah diucapkan kepada YDP kerana dikekalkan menjadi YDP PIBG SKTL sesi 2010 - 2011.
  • Ibu bapa yang hadir juga diucapkan bebanyak terima kasih. Guru - guru juga yang bertungkus lumus memebuat persiapan juga diucapkan terima kasih .
  • AJK ibu bapa dan guru yang baru diucapkan SYABAS dengan pemilihan sebagai AJK PIBG musim ini.
  • YB menyumbang sebanyak RM 4000 / untuk pembangunan PSS dan RM 100.00 setiap seorang kepada 10 orang pelajar.
  • Terima kasih daun keladi.


PERARAKAN MAULIDUR RASUL

Seramai 20 orang pelajar telah menyertai perarakan statik maulidur rasul di Masjid Jame' KG Pasir Putih pad 27 Februari 2010. Tahniah kepada guru pengiring Cikgu Hisham dan Cikgu Zamri kerana pelajar SKTL memenangi tempat keempat perbarisan daripada 9 kumpulan perbarisan sekolah rendah . Syabas Ustaz Ambri dan guru - guru JQAF.