Sabtu, Ogos 14

CIPTA SEJARAH

Kumpulan Zapin SKTL di bawah pimpinan Encik Hafiz Hanapiah mencipta sejarah D"Tanjung. Kumpulan Zapin ANAK ANAK TANJUNG ini telah menjurai pertandingan Zapin peringkat sekolah sempena perasmian Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Anak - anak Tanjung ini telah mengharumkan nama SKTL apabila menjadi kumpulan zapin jemputan pada malam
Perasmian Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

PROGRAM ESOK MASIH ADA

Para pelajar yang terlibat di dalam porgram LINUS , PROTIM dan mengikuti KELAS HARAPAN menghadiri program ESOK MASIH ADA. Progaram keibu bapaan ini membantu ibu bapa bersedia menghadapi cabaran pendidikan masa depan anak jagaan mereka. Harapan agar NKRA sekolah dan JPNJ akan tercapai dengan lebih cepat lagi.

HARI BERSAMA PELANGGAN

Program hari bersama pelanggan telah pun terlaksana tempoh hari. Para ibu bapa yang hadir memberikan komitmen yang sangat bvaik. Kehadiran hampir 100% . Ibu bapa diucapakan berbanyak terima kasih kerana telah memberikan kerjasama.
LANGKAH BIJAK HARI INI MENUJU LANGKAH LANGKAH KEJAYAAN.

Khamis, Jun 17

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Guru Pembina Negara Bangsa.
Tema guru 2010. Guru SKTL semakin bersemangat meniti hari hari mendatang.
Pihak pengurusan yakin guru - guru akan sentiasa komited dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Selasa, Jun 8

MOTIVASI FASA 2

Motivasi Fasa 2 telah dihadiri oleh para pelajar Tahun 6 dengan jayanya. Penyelaras Encik Zamri Md Ladin telah merancang mengatur dan melaksanakan program yang terancang. Para peserta kursus melibatkan diri secara aktif mengambil bahagian ketika taklimat teknik menjawab, aktiviti riadah dan LDK. Guru - guru dan juga ibu bapa telah berikan kerjasama yang sangat baik. Program Motivasi diakhiri dengan Ceramah Keibu bapaan Oleh Ustaz Maslizam Kaunselor PPD Pasir Gudang.

PENYERAHAN KWAMP 2010

Penyerahan KWAMP telah disempurnakan secara rasmi di Dewan Harapan oleh Tuan Guru Besar Encik Abbas Bin Roban. Kerjasama Penyelaras Ustazah Rosni dan Encik Zaidi Mohd Zain ( GPK HEM ) bersama Bank Rakyat para pelajar yang menerima KWAMP telah membuka akaun sebagai galakan

MENYIMPAN UNTUK MASA DEPAN

LATIHAN KEBAKARAN SKTL

FIRE SQUAD SKTL
Penyelaras Cik Nur Izzah Abdul Rahman


Rabu, April 28

MINGGU PUSTAKAP ( MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH )




PELANCARAN DAN PELAKSANAAN OLEH PSS SKTL
KERJASAMA KEMPAS EDIBLE OIL
SEKLAUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH BUAT KEMPAS EDIBLE OIL

PASUKAN PING PONG MEWAKILI DAERAH PASIR GUDANG

Siti Zaharah Norazan Naib Johan Ping Pong P 12 Daerah Pasir Gudang...senyuman cemerlang
Syed Azry Syed Faiz naib johan Ping Pong L 12 Daerah Pasir Gudang......sumber inspirasi sukan ping pong D'tanjung

TERUS CIPTA REKOD D'TANJUNG



Pasukan bola jaring julung kalinya mendapat tempat ketiga daerah Pasir Gudang. Pertunjukkan yang tidak mengecewakan......Syabas kepada semua pemain dan tak ketinggalan jurulatih dan guru - guru penyokong...


Rabu, Mac 17

MENGGAPAI BINTANG


TAHNIAH
ATLIT SEKOLAH MENYERTAI SUKAN OLAHRAGA DAERAH PASIR GUDANG
  1. TEMPAT KETIGA LOMPAT JAUH P12
  2. TEMPAT KETIGA 200M P12 ,
  3. TEMPAT KEEMPAT LOMPAT TINGGI P12
  4. TEMPAT KEEMPAT LOMPAT TINGGI L12

PELANCARAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

  • Sambutan Maulidur rasul dilancarkan pada hari Isnin 8 Mac 2010. Tuan Guru Besar telah merasmikan pelancaran dengan memotong banner siaran.
  • Sepanjang minggu telah diadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan marhaban,pertandignan nasyid,azan,hafazan ,pertandingan sepandok,tulisan jawi cantik dan juara tasmik.
  • Acara kemuncak perarakan telah diadakan pada hari Jumaat dan diikuti dengan ceramah dari Al Ustaz Samian ( Guru Besar SK Agama Perigi Aceh ).
  • Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dan juga Panitia Agama Islam yang menjayakan programMaulidur Rasul

MEMANTAPKAN UKHWAH DAN MEMPERKASAKAN UMMAH


Rabu, Mac 3

LINUS PROTIM DAN UPPM 1

  • 2 Mac hingaa 4 Mac 2010.
  • Program LINUS telah pun dilaksanakan oleh En Mohd Hanif dan En Noorazrool Sharifudin untuk pelajar Tahun 1. Semoga program baru ini dapat mengatasi masalah sifar buta huruf dengan lebih berkesan lagi.
  • Program PROTIM juga dijalankan serentak oleh Encik Suhardi Rosli dan Puan Hasmiza Hashim . Gandingan kerjasama yang sangat baik.
  • PKSR dan UPPM 1 juga dilaksanakan serentak bermula 2 - 4 Mac. Semoga murid - murid dapat memperlihatkan pencapaian yang cemerlang nanti.

Selasa, Mac 2

MESYUARAT AGONG PIBG


  • Terima kasih kepada YB Encik Teng Boon Seng kerana sudi merasmikan mesyuarat AGONG PIBG ke 33.
  • Tahniah diucapkan kepada YDP kerana dikekalkan menjadi YDP PIBG SKTL sesi 2010 - 2011.
  • Ibu bapa yang hadir juga diucapkan bebanyak terima kasih. Guru - guru juga yang bertungkus lumus memebuat persiapan juga diucapkan terima kasih .
  • AJK ibu bapa dan guru yang baru diucapkan SYABAS dengan pemilihan sebagai AJK PIBG musim ini.
  • YB menyumbang sebanyak RM 4000 / untuk pembangunan PSS dan RM 100.00 setiap seorang kepada 10 orang pelajar.
  • Terima kasih daun keladi.


PERARAKAN MAULIDUR RASUL

Seramai 20 orang pelajar telah menyertai perarakan statik maulidur rasul di Masjid Jame' KG Pasir Putih pad 27 Februari 2010. Tahniah kepada guru pengiring Cikgu Hisham dan Cikgu Zamri kerana pelajar SKTL memenangi tempat keempat perbarisan daripada 9 kumpulan perbarisan sekolah rendah . Syabas Ustaz Ambri dan guru - guru JQAF.

Selasa, Februari 23

UPSR 2010

UPSR 2010


IMPIAN JADIKAN KENYATAAN
JANGAN BIARKAN HARAPAN HANYA
TINGGAL HARAPAN TERUSKAN USAHA
IMPIAN JADIKAN KENYATAAN
JANGAN BIARKAN HARAPAN HANYA TINGGAL HARAPAN TERUSKAN USAHA

KERABAT D'TANJUNG

  • Lagi insan mulia menjadi kerabat baru D'Tanjung. Anak Puan Nelly dan saat mendebarkan anak Encik Hasrul. Seorang lagi kerabat D'Tanjung akan lahir Julai tahun ini insyaallah...............anak Ustazah Rosni......... Kata orang lagi banyak anak lagi banyak rezeki.......Bersama kelahiran telah pun ditetapkan rezekinya, jodohnya dan ajalnya.

AHLAN WAHSAHLAN KEPADA KERANI BARU

  • Julung kali D'Tanjung menerima kerani perempuan.
  • Semoga kehadiran kerani baru ini dapat membantu sistem pengurusan fail , perkhidmatan dan kewangan sekolah berjalan lebih lancar.

PLBS dan SBOA

  • Pentaksiaran Berasaskan Sekolah dilaksanakan oleh guru - guru BM dan BI.
  • Tahniah guru - guru SKTL.....team work yang sangat baik.
  • Guru - guru berjaya melaksankan PLBS dan SBOA.

Pelancaran Minggu Sains dan Ucapan Dasar Minggu Anti Dadah

  • Guru guru Sains telah merancang pelaksanaan Minggu Sains. Guru Besar Encik Mohd Abbas Roban telah merasmikan pelancaran minggu sains pada 21 Februari 2010. Tahniah guru guru Sains Encik Suhardi , Encik Mohd Syah dan Encik Mohd Ghazali.......
  • Ucapan dasar oleh Ketua Pengaran Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Minggu Anti Dadah Kebangsaan yang telah dibacakan oleh GPK Kurikulum SK Tanjong Langsat. Pelancaran Minggu Anti Dadah seretak dijalankan bersama minggu Sains.

Khamis, Februari 18

ANUGERAH UPSR

Nur Wani Wajihah

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA IBU BAPA TAHUN 6

Program ramah mesra bersama ibu bapa pelajar tahun 6 talah dijalankan di dewan haapan SKTL. Alhamdullillah kehadiran yang memuaskan. Kerjasama yang baik di antara guru dan ibu bapa. Ucapan dasar YDP PIBG dan ucapan GB penuh semangat. Semoga perjumpaan ini akan membuahkan hasil yang baik pada musim UPSR kelak.





Lawatan Sambil Belajar

20 orang pelajar Tahun 6 bersama 6 orang guru mengadakan lawatan sambil belajar ke KEMPAS EDIBEL OIL. Pihak sekolah mengucapkan ribuan penghargaan kepada pihak KEMPAS kerana sambutan yang memberikan kesan yang besar kepada pihak sekolah khasnya kepada para pelajar. Semoga KEMPAS akan terus maju dan berjaya mencipta sejarah pemasaran global di peringkat antarabangsa. Jumpa lagi di lain kali ....

Khamis, Januari 21

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

  • Selamat bertugas di sekolah baru buat guru guru SKTL yang berpindah keluar, Cik Afiza Jamaludin yang berpindah ke Melaka , En Harry , Puan Hildawati dan En Mos yang pulang ke Sarawak awal tahun 2010. Pengorbanan dan jasa kalian di SKTL memberi kesan yang besar kepada kami. Kehilangan kalian sangat dirasai. Cik Afiza dijemput hadir jamuan perpisahan pada awal Febuari nanti. Jangan tak dtg pulak.......5 Februari 2010....jumpa D'Tanjung nanti.

Selamat bertugas



Selamat datang guru besar baru. Encik Mohamed Abbas Roban ditugaskan di SKTL bermula Disember 2009. Semoga beliau akan membawa warga SKTL lebih cemerlang lagi. Warga SKTL menyambut riang kehadiran beliau di sekolah.....

Rabu, Januari 20

Sukan Tahunan Bermula


Latihan Sukan tahunan SKTL telah bermula pada 19 Januari 2010.Seperti tahun tahun yang lalu murid dan guru bersama-sama menjayakan latihan sukan dengan semangat tetapi ada kelainan tahun ini dimana ketiga-tiga GPK turut diberi rumah sukan juga sebagai pembakar semangat kepada semua guru dan murid.


Diharap sukan tahun ini dapat berjalan dengan lebih lancar dan lebih meriah dari tahun tahun yang lalu atas kendalian Cikgu Hanif yang juga merangkap SU Sukan bersama pembantu peribadi beliau CIkgu Azrool.