Rabu, April 30

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR Anjuran Projek Tuisyen Wancorp

28 April 2014
       Bertempat di SMK Seri Kenangan,Segamat berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR Projek Tuisyen Wancorp bagi tahun 2013. Untuk makluman, SK Seri Tanjung Langsat adalah antara yang bertuah kerana terpilih sekali lagi bagi Projek Tuisyen tersebut untuk tahun 2014.
      Majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan para pelajar dalam peperiksaan UPSR 2013 dan murid SKTL yang cemerlang iaitu adik Ainur Qasrina Binti Abdul Aziz telah menerima hadiah dari JCORP.



       Seramai 20 orang murid termasuk Guru Besar , Pn Hjh Roohana dan dua orang guru iaitu Pn Hazmawani dan En Mohd Shah telah turut mengiri ke majlis itu.

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah Pasir Gudang

Pada 29  April 2014 ( Selasa) Telah Berlangsung Pertandingan Sepak Takraw MSSD Pasir Gudang Bagi Tahun 2014. Pertandingan Tersebut Telah Dihadiri Oleh Kebanyakan Sekolah Kebangsaan Di Daerah Ini. Penyelaras Takraw SKTL En Mohd Shah Bersama Encik Hanif Selaku Jurulatih Sekolah Telah Bersama Murid Untuk Ke Pertandingan.


Keputusan Perlawanan : Mara ke Suku Akhir.


Ahad, April 27

LATIHAN GOLF PRASEKOLAH SKTL

Persiapan Pertandingan Golf Prasekolah Daerah Pasir Gudang.
Guru Prasekolah Iaitu Cikgu Nelly Tekun Mengajar Peserta Dari Prasekolah.

Sabtu, April 26

Minggu bahasa

Minggu bahasa yang berakhir pada 24 April 2014 . Banyak aktiviti yang dijalankan menyaksikan sambutan
 hangat daripada para peserta yang ingin menguji sejauh mana bakat yang ada diri masing-masing.  Selain itu pertandingan nyanyian dan pakaian beragam juga diadakan .Tahniah 
kepada Panitia Bahasa Malaysia dan berikut beberapa senario yang sempat dirakam

Jumaat, April 25

PROGRAM NILAM

PROGRAM NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membacasatu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara akumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ini ialah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat membina tabiat membaca dalam kalangan murid melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil. 13/1998 : Program membina Tabiat Membaca dan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/2005 : Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah.

Matlamat :
Matlamat Program NILAM adalah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.

Objektif :
1. Menjadikan murid banyak membaca.
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Pelaksanaan :
1. Murid membaca dan merekod bahan bacaan.
2. Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid.
3. Sekolah member pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca.

Tahap Jauhari :
1. Semua murid wajib terlibat.
2. Murid sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan Tahun 1 sehingga tamat Tahun 6.
3. Murid sekolah menengah memulakan aktiviti Tahap Jauhari sebaik sahaja masuk Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5
4. Semua aktiviti murid dalam program ini perlu direkodkan yang kemudiannya disahkan oleh guru sebelum  memberi pengiktirafan.

Tahap Rakan Pembaca (RP)
1. Layak memasuki Kumpulan Tahap RP setelah membaca 100 buah buku.
2. Perlu dibimbing oleh guru.
3. Murid berkongsi maklumat, amanah, dapat memimpin, dapat menarik minat rakan, keluarga & jiran untuk membaca.
4. Markah diberi berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Selasa, April 22

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS


Kebersihan adalah asas keimanan.Sifat cintakan kebersihan haruslah dipupuk sejak seseorang itu masih kecil lagi.Kebersihan juga adalah asas kesihatan dan ia bermula dari rumah.Bayangkan jika suasana di dalam sesebuah kelas itu  bersih dan kemas, maka sudah tentu murid akan merasa lebih tenang dan selesa.Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih teratur dan berkesan  jika dibandingkan dengan kelas yang busuk,kotor dan bersepah dengan sampah sarap. Maka di atas kesedaran inilah  suatu pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas telah diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan kebersihan di kalangan murid-murid. Piala Pusingan   disediakan oleh pihak sekolah kepada kelas-kelas yang menang.Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.

Diadakan setiap minggu dan penyampaian hadiah diberi pada perhimpunan mingguan .


Tahniah kepada kelas-kelas yang menang.Kepada yang kurang berjaya,usaha lagi jangan putus asa.