Selasa, September 30

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2014

Majlis  Penutupan Kemerdekaan peringkat SK Tanjung Langsat yang diadakan pada 28 September 2014 berjalan lancar. Berikut antara yang sempat dirakamkan.









Jumaat, September 26

UPSR ULANGAN UNTUK KERTAS SAINS DAN BAHASA INGGERIS

Salam.
Isu kertas soalan bocor yang melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, telah menggemparkan seluruh negara. Semua orang marah, geram dan kecewa dari pemandu kereta sewa sehinggalah kepada ahli-ahli parlimen. Golongan guru dan ibubapa paling terasa, itu belum termasuk calon-calon UPSR sendiri yang merasakan usaha selama 9 bulan sepanjang tahun ini dianggap seolah sia-sia saja. 


Kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 merupakan yang terawal didapati bocor pada 10 September 2014 sehari selepas itu kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 telah diisytiharkan bocor oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kemudian pada 21 September yang lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung dakwaan terdapat kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Bahasa Tamil dan Matematik. Laporan itu difahamkan telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.


Ekoran daripada insiden-insiden kebocoran tersebut, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menjadualkan semula kertas-kertas yang didapat bocor seperti berikut:


30 September 2014
Kertas Sains 108, 028 dan 038
Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2
9 Oktober 2014
Kertas Matematik 015/1, 025/1 dan 035/1
Kertas Bahasa Tamil 036 dan 037

Walaupun pada terasa juga bahangnya akibat kebocoran kertas soalan UPSR 2014, namun calon-calon UPSR 2014, SK Tanjung Langsat tabah dan telah mengambil langkah-langkah positif. Berbagai program telah dijalankan sejak dari awal cuti sehingga 29 September 2014 untuk menghadapai UPSR ULANGAN. Antaranya ialah Bacaan Yassin, Solat Hajat Berjemaah dan Kelas Tambahan semasa cuti .

Kehadiran dari wakil PPD iaitu Tn. Hj. Hazrul Nizam Bin Mohmad Sahibek, Penolong PPD j-QAF juga memberi semangat kepada pelajar supaya tidak bersedih akibat peperiksaan ulangan yang mana ada hikmah disebaliknya.




Rabu, September 24

Program Gotong Royong Sekolah Fasa 1

Pada 20 September 2014 ( Sabtu ) bermula jam 7.30 Pagi
Terima kasih kepada Guru-guru, ibubapa, AJK PIBG , pelajar , warga SKTL dan semua pihak yang terlibat ke arah mewujudkan sekolah yang bersih, ceria dan selamat disamping merapat hubungan silatulrahim.

Sabtu, September 13

Program Jom Berkampung Demi Kejayaan Upsr

Objektif
1.Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan sebelum dan semasa menduduki UPSR.
2.Memberi pendedahan kepada pelajar tentang soalan-soalan ramalan.
3.Melatih pelajar menjawab contoh soalan UPSR sebelum menduduki UPSR yang sebenar.
4.Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.
Pengisian
Program ini akan diadakan pada 8 hingga 11 September 2014 iaitu pada hari sebenar UPSR. (4 hari - 7:00 pagi hingga 5:00 petang)

Bengkel Pecutan Akhir Khas

Bengkel ringkas akan dikendalikan oleh guru matapelajaran yang berpengalaman dan berpengetahuan.

Soalan-soalan dan formula-formula akan dikongsi bersama kawan.

Bacaan Yaasin dan solat hajat.


Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan  yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Jumaat, September 12

UPSR Bermula

9 September 2014 merupakan hari bermula peperiksaan terpenting bagi murid-murid sekolah rendah iaitu Peperiksaan UPSR. Selamat menduduki peperiksaan tersebut kepada semua calon-calon daripada Warga SKTL.

Khamis, September 4

SELAMAT DATANG TUAN GURU BESAR


Warga Sekolah Mengalu-alukan Kehadiran Encik Hamdan Bin Atan ,Yang Memulakan Tugas Sebagai Guru Besar Secara Rasminya Pada Hari Ini 1.9.2014.Semoga SK Tanjung Langsat Akan Terus Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang Dibawah Kepimpinan Yang Baharu.