Khamis, Februari 27

Sambutan Maulidur Rasul 2014 Peringkat Sekolah

Bersempena dengan Bulan Maulidur Rasul, pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 27 Februari  2014 bersamaan 1435 H. Tema pada tahun ini adalah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Majlis bermula pada sebelah pagi dengan Perarakan Maulidur Rasul oleh semua murid mengikut kelas masing-masing. Setelah itu, majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul untuk semua murid. . Aktiviti diteruskan lagi dengan Majlis Penyampian Hadiah yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Puan Hjh Roohana Binti Ali . Majlis bersurai pada 12.45 tengahari






Rabu, Februari 26

Teknik Menjawab Fasa 1

Tarikh : 26 Februari 2014
Peserta : Terdiri Dari murid Tahun 5 dan 6.
Tempat : Dewan Harapan, SKTL

Bermula pada 26 hb Februari hingga 27 hb Februari 2014, satu bengkel teknik menjawab soalan UPSR telah dijalankan oleh guru-guru matapelajaran itu sendiri.
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid SK Tanjung Langsat dalam teknik menjawab soalan peperiksaan. Objektif  pelaksanaan aktiviti:
  • Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR bagi setiap subjek dengan kaedah terkini.
  • Mengisi masa cuti murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.
  • Menambah serta mempelbagaikan  teknik pengajaran di sekolah.
  • Mencari kekuatan dan kelemahan murid-murid di SK Tanjung Langsat .

Berikut adalah tentatif untuk bengkel yang diadakan di Dewan Harapan :
1) Selasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
2) Rabu : (Matematik) (Sains)




Semoga dengan kesungguhan guru-guru SK Tanjung Langsat , tahun ini pencapaian peratusan dalam UPSR akan lebih meningkat dengan cemerlang.

Khamis, Februari 20

Pertandingan Mewarna Sempena Pesta Layang Layang Antarabangsa

Tarikh : 20 Februari 2014
Tempat : Bukit Layang Layang, P. Gudang

Seramai 4 orang peserta telah mengikuti pertandingan mewarna ini dan diiringi oleh Cikgu Shah.