Ahad, Julai 27

Majlis Khatam Al Quran , Penutup Ihya’ Ramadhan Dan Bersamamu Menjelang Aidilfitri


Tarikh : 24 Julai 2014
Hari : Khamis

Aktiviti :
1.Majlis Khatam Al Quran
2.Penutup Ihya’ Ramadhan
3.Bersamamu Menjelang Aidilfitri

Di Sepanjang Bulan Ramadhan, Panitia Agama Islam Telah Menganjurkan Program Ihya Ramadhan Al-mubarak 1435h. Di Antara Pengisian Program Ialah Tadarus Al-quran Dan Lagu Lagu Islamik Yang Dilaksanakan Pada Waktu Pagi Dan Rehat Untuk Semua Murid. 

Majlis Khatam Al Quran Juga Telah Diadakan Dimana Semua Guru Diwajibkan Untuk Membaca Sekurang Kurangnya 1 Juzuk Al Quran Mengikut Jadual Ketetapan Yang Diberi Sebelum Ini. Murid Yang Telah Khatam Pada Bulan Ramadhan Ini Turut Diraikan Bersama.
Diakhir Majlis Penutup Ini Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Murid Yang Kurang Kemampuan Turut Diadakan.

Acara Kemuncak Yang Dinantikan Oleh Murid Sebelum Bercuti Hari Raya Iaitu Sumbangan Wang Hari Raya Oleh Setiap Guru.



Salam Ramadhan Mubarak dan Selamat Hari Raya Diucapkan Kepada Semua Warga Sk Tanjung Langsat. Semoga Ramadhan Pada Tahun Ini Menambah Rahmat Dan Keberkatannya Kepada Kita Semua. Aminnn.















Jumaat, Julai 25

MAJLIS SOLAT HAJAT & BERBUKA PUASA 2014

Majlis Solat Hajat UPSR & Berbuka Puasa telah diadakan pada 22 Julai 2014 bertempat di Dewan Harapan ,SKTL. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program tersebut
Kepada murid-murid tahun 6 selamat menempuhi peperiksaan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang. In Shaa Allah..

Selasa, Julai 22

Program Pecutan Akhir2014 Anjuran Mppg

Program Pecutan Akhir2014 Anjuran Mppg
Tarikh : 19 Julai 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 – 5.00 Petang
Tempat : Dewan Kompleks Pusat Bandar
Bilangan Peserta : 5 Orang
Guru Pengiring : Encik Mohd Shah Bin Aziz.

Jumaat, Julai 18

SAMBUTAN HARIJADI GURU DAN MURID


Diadakan 3 bulan sekali .

Aturcara majlis :
-Perhimpunan pagi
-Nyanyian lagu hari jadi
-Sesi memotong kek

-Sesi bergambar.

Tahniah Unit HEM atas usaha ini.

Rabu, Julai 16

BENGKEL GURU TUISYEN WANCORP 2014

Bengkel Guru UPSR Di AKLI Resourse, Kota Tinggi, Johor Pada 14 Julai 2014.
Penceramah Motivasi : Osman Affan (Pakar Motivasi)
Penceramah Matapelajaran : Guru Cemerlang Dan Penanda Kertas Negeri Johor.
Anjuran : Waqaf Annur, Johor Corporation
Penyertaan : Sekolah Projek Tuisyen WANCORP Seluruh Negeri Johor.
Wakil Guru SK Tanjung Langsat:
1.Encik Azian Bin Zainul Bidin (B.Melayu
2.Encik Hasrul Bin Ismail (Matematik)
3.Puan Hazmawani (B. Inggeris)

4.Encik Mohd Shah Aziz (Sains)

Ahad, Julai 6

BENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS & MATEMATIK PROJEK TUISYEN WANCORP 2014


Tarikh : 1 dan 2 Julai  2014
Hari / Masa : Selasa dan Rabu (8.00pagi – 3.00petang)
Tempat : Dewan Harapan, SK Tanjung Langsat

Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada murid teknik menjawab kertas peperiksaan UPSR.
2. Memberi bimbingan kepada murid-murid berdasarkan  perbengkelan

Sasaran  : Murid tahun 6 SK Tanjung Langsat & Murid Tahun 6 SK Perigi Acheh.

Butiran aktiviti  :
      Pada hari Selasa (1 Julai  2014) En Hasrul Bin Ismail iaitu Jurulatih Utama Matematik telah menyampaikan teknik menjawab Kertas 1 & 2 bagi matapelajaran Matematik. Beliau telah mengajar tips-tips menjawab Kertas Matematik UPSR. Beliau juga menyediakan beberapa contoh soalan Matematik dan membimbing semua murid Tahun 6 menjawab dengan betul.

      Pada hari Rabu ( 2 Julai 2014) Puan Sarah Matilda dari SK Mount Austin telah membimbing murid Tahun 6 cara menjawab soalan Kertas Bahasa Inggeris (Kertas 1 & 2) dengan betul dan mudah. Penceramah juga cuba mengatasi masalah dan kelemahan murid ketika menjawab kertas soalan Bahasa Inggeris. Semua murid pada hari tersebut diberi pendedahan tentang teknik menjawab Kertas soalan Bahasa Inggeris 1 & 2. Puan Sarah Matilda telah mengedarkan juga beberapa contoh soalan dan murid diminta menjawab soalan tersebut. Pada hari terakhir bengkel murid-murid Tahun 6 serta guru mengadakan sesi bergambar