Ahad, Julai 6

BENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS & MATEMATIK PROJEK TUISYEN WANCORP 2014


Tarikh : 1 dan 2 Julai  2014
Hari / Masa : Selasa dan Rabu (8.00pagi – 3.00petang)
Tempat : Dewan Harapan, SK Tanjung Langsat

Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada murid teknik menjawab kertas peperiksaan UPSR.
2. Memberi bimbingan kepada murid-murid berdasarkan  perbengkelan

Sasaran  : Murid tahun 6 SK Tanjung Langsat & Murid Tahun 6 SK Perigi Acheh.

Butiran aktiviti  :
      Pada hari Selasa (1 Julai  2014) En Hasrul Bin Ismail iaitu Jurulatih Utama Matematik telah menyampaikan teknik menjawab Kertas 1 & 2 bagi matapelajaran Matematik. Beliau telah mengajar tips-tips menjawab Kertas Matematik UPSR. Beliau juga menyediakan beberapa contoh soalan Matematik dan membimbing semua murid Tahun 6 menjawab dengan betul.

      Pada hari Rabu ( 2 Julai 2014) Puan Sarah Matilda dari SK Mount Austin telah membimbing murid Tahun 6 cara menjawab soalan Kertas Bahasa Inggeris (Kertas 1 & 2) dengan betul dan mudah. Penceramah juga cuba mengatasi masalah dan kelemahan murid ketika menjawab kertas soalan Bahasa Inggeris. Semua murid pada hari tersebut diberi pendedahan tentang teknik menjawab Kertas soalan Bahasa Inggeris 1 & 2. Puan Sarah Matilda telah mengedarkan juga beberapa contoh soalan dan murid diminta menjawab soalan tersebut. Pada hari terakhir bengkel murid-murid Tahun 6 serta guru mengadakan sesi bergambar






Tiada ulasan:

Catat Ulasan