Ahad, Ogos 31

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Unit Kokurikulum telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah pada 28.08.2014.
Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program dan ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya.


Sabtu, Ogos 30

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2014


Pada 28 Ogos 2014, Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat SekolahSambutan Hari Raya telah disambut pada pukul 10.30 a.m sehingga 1.20 p.m . Para Pelajar serta para guru telah memakai pakaian hari raya serta menikmati hidangan yang disediakan oleh Unit Ko Kurikulum serta guru-guru.


Syabas kepada Encik Azian (GPK Ko Kurikulum) dan guru guru. Diharap majlis hari raya seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa masa akan datang.


















Rabu, Ogos 27

PROGRAM SERIBU BINTANG 2014 ANJURAN JOHOR CORPORATION DAN PPD

DISAMPAIKAN OLEH GURU CEMERLANG PASIR GUDANG.MAJLIS DIADAKAN SK KOTA PUTERI 4 SELAMA 2 HARI IAITU 22 DAN 23 OGOS 2014.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA GURU YANG TERLIBAT DALAM MENGHANTAR DAN MENGAMBIL MURID.

Selasa, Ogos 26

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 (PECUTAN AKHIR) 2014 ANJURAN WANCORP

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 (PECUTAN AKHIR) 2014 ANJURAN WANCORP

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tanjong Langsat dan SK Perigi Acheh dengan kerjasama WANCORP telah mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR.

Tarikh                  :  20 dan 21 Ogos 2014
Hari                      :   Rabu dan Khamis
Masa                    :   8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat                :  Dewan Harapan, SK Tanjung Langsat
Bilangan kursus : 6 slot (pagi, tengahari dan petang)
Bilangsan peserta : 32 pesarta
Tema : “KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR”

Objektif
2.1       Melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dalam arus pendidikan
moden pada peringkat global.
2.2       Meningkatkan dan memurnikan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar itu sendiri.
2.3       Memantapkan lagi kemahiran atau teknik menjawab soalan semua subjek UPSR
2.4       Membina semangat yakin diri, bermotivasi tinggi dan bijaksana dalam
membuat sebarang pertimbangan.
2.5       Memberi kesedaran tentang pentingnya mempunyai keperibadian mulia
di samping kecemerlangan akademik.
2.6       Menyediakan dan membentuk pelajar supaya menjadi warganegara
Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara.

Semoga dengan terlaksananya program ini,  dapat mempertingkatkan lagi peratus kecemerlangan akademik sekolah-sekolah yang terlibat dan mempertingkatkan lagi jumlah murid cemerlang dikalangan peserta program.