Selasa, Ogos 26

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 (PECUTAN AKHIR) 2014 ANJURAN WANCORP

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 (PECUTAN AKHIR) 2014 ANJURAN WANCORP

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Tanjong Langsat dan SK Perigi Acheh dengan kerjasama WANCORP telah mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR.

Tarikh                  :  20 dan 21 Ogos 2014
Hari                      :   Rabu dan Khamis
Masa                    :   8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat                :  Dewan Harapan, SK Tanjung Langsat
Bilangan kursus : 6 slot (pagi, tengahari dan petang)
Bilangsan peserta : 32 pesarta
Tema : “KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR”

Objektif
2.1       Melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dalam arus pendidikan
moden pada peringkat global.
2.2       Meningkatkan dan memurnikan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar itu sendiri.
2.3       Memantapkan lagi kemahiran atau teknik menjawab soalan semua subjek UPSR
2.4       Membina semangat yakin diri, bermotivasi tinggi dan bijaksana dalam
membuat sebarang pertimbangan.
2.5       Memberi kesedaran tentang pentingnya mempunyai keperibadian mulia
di samping kecemerlangan akademik.
2.6       Menyediakan dan membentuk pelajar supaya menjadi warganegara
Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara.

Semoga dengan terlaksananya program ini,  dapat mempertingkatkan lagi peratus kecemerlangan akademik sekolah-sekolah yang terlibat dan mempertingkatkan lagi jumlah murid cemerlang dikalangan peserta program.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan