Selasa, Januari 31

Ping Pong lagi

          Sekali lagi SK Tg Langsat mencuba nasib di gelanggang ping pong Dewan BL Sport , Plentong. Semangat 1 Malaysia mendorong warga SKTL menghantar wakil. Seklaipun SKTL sangat faham akan persaingan sengit dengan juara di meja ping pong yang dimonopoli oleh pemain berbangsa Cina. Acara Bukan Cina telah ditutup diperingkat Daerah. Semua bersedia bertarung menaruh nasib dengan persaingan paling getir secara terbuka untuk berjaya. Semoga semangat para pemain tidak luntur dengan cabaran sedia ada.
                                                           Usaha pasti jaya.
        Semoga kegemilangan 2010 berulang lagi

apabila  berjaya menjadi Naib Johan Peringkat Daerah Pasir Gudang bagi acara lelaki dan perempuan bawah 12.  Amin................................

Cabaran Memanah

               Meskipun masih baru terjun di arena sukan memanah namun SK Tg Langsat tidak pernah putus asa untuk bersaing di arena sukan elit ini. Tahniah kepada jurulatih Encik Hasrul Ismail dan pemain Adik Izwan dan Syukuri kerana berbakat dan berminat mencuba nasib pada tahun 2011.


Semoga  2012 akan  sinar lebih cemerlang buat pasukan memanah                 
                                  SK Tanjung Langsat.


Tambah kapsyen
Gaya dah ada. Cuba lagi tahun ini.
Tambah kapsyen




                                        

Kesederhanaan dan kesempurnaan

             Adalah  wajib bagi Allah akan kesempurnaan sifatnya. Malahan kita makhluk adalah ghalib dengan kelemahannya. Sekalipun kita tidak  bisa menerima hakikat akan kekurangan diri kita sebagai insan. Namun Allah swt  dengan basarnya sentiasa melihat kita dengan penuh kasih sayang. Allah akan tetap menyempurnakan kelemahan kita. 
            Kehidupan dunia yang sementara akan disempurnakan dengan pelbagai nikmat kehidupan dan di akhirat akan diberikan balasan nikmat setimpal kesabaran kita di dunia ini. Batasilah kelemahan diri kita dengan kesederhanaan dalam  semua hal keduniaan. Kesederhanaan  sedikit demi sedikit membentuk kesempurnaan .
             Kesempurnaan insa sebenar ialah bila insan mentaati Allah dan rasulnya.
             

Encik Abbas Roban Guru Besar SKTL ke 15 dalam kenangan


UPSR 2012

Cabaran UPSR 2012
Murid - mruid tahun 6 bersedia untuk cabaran UPSR 2012. Jejaki kejayaan pelajar terdahulu.
TOV 70 % dan ETR 88 %.
Usahal lebih gigih . Kejayaan dalam tangan. Tingkatkan usaha.
Allah sentiasa bersama membantu hambanya yang bertakawal dan berusaha.



Khamis, Januari 26

Patah tumbuh hilang berganti

Encik Abbas Bin Roban Guru Besar kelima belas SK Tg Langsat
Encik Misron Sukiman Guru Besr keenam belas SK Tg Langsat


Dua tahun telah berlalu bersama Encik Abbas Bin Roban guru besar SK Tg Langsat yang kelima belas. Jasanya tidak terbalas. Luhur budinya menyumbang bakti. Tenaganya tidak sepadan dengan usia pendidikannya yang semakin senja. Kecekapannya menjagkau informasi setiap masa dan detik.


SKTL diambang 2012

Tirai 2012


  • Kembali bertemu setelah sekian lama menyepi. 
  • Selangkah menyingkap sejarah...... 
  • Sederap mencipta sejarah..........
  • Hargai pengorbanan mereka yang telah mencipta sejarah sekolah.
  • Wajah-wajah  silam mengajar erti  ketabahan generasi hari ini. 
  • Memori usang menjadi pedoman generasi membina tembok kejayaan, mengatur tanggan kemenenangan demi mencapai kegemilangan.
  • Sejarah dipelajari....Sejarah dihargai....untuk mencipta sejarah baru hari ini.