Ahad, November 22

Cuti Penggal Persekolahan Bermula

Selamat bercuti kepada semua murid dan kakitangan................

Blog Pelayaran ini masih aktif walaupun cuti sekolah. Berita-berita yang penting akan dicatatkan oleh penulis.Semua guru dan ibu bapa boleh melayari bagi mengetahui berita terkini dan informasi terbaru mengenai SKTL........

Khamis, November 19

Keputusan UPSR 2009

Keputusan UPSR 2009 telah dikeluarkan pada 19 November 2009 yang mana telah diumumkan Oleh Encik Hasrul di Dewan Harapan .SKTL menyinar dengan adanya sebutir bintang iaitu adik Nur Wani Wajihah Binti Yusof telah mendapat 5A. Hadaina mendapt 4A1B dan Nazhan dan Nur
Adira mendapat 3A2B.

PENCAPAIAN KESELURUHAN UPSR 2009 SEBANYK 68.9%

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) MENDAPAT 92.2 %
BAHASA MELAYU (PENULISAN) MENDAPT 98 %
BAHASA INGGERIS MENDAPAT 75 %
MATEMATIK MENDAPAT 92 %
SAINS MENDAPAT 80 %

Tahniah kepada semua murid yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan kepada yang tidak berapa berjaya, cuba lagi dengan bersungguh pada masa akan datang. Tidak lupa juga tahniah kepada semua guru, kerana andalah penghubung kepada kejayaan. Terima kasih juga kepada PIBG yang sentiasa memberi sokongan.

Sukaneka SKTL


Telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada hari Rabu dan Khamis.Sukan ini terbuka kepada semua murid dan akan bertanding mewakili rumah sukan masing masing.Terbahagi kepada dua kategori iaitu sukaneka bagi tahap 1 dan sukaneka bagi tahap 2.

Bagi tahap 1 sukaneka yang dipertandingkan ialah bawa bola dengan gelung rotan , isi air dalam botol , susun tin. Bagi tahap 2 pula ialah sukaneka susun batu bata, bawa getah dengan straw dan penalty drunken master.

Boleh dikatakakan semua murid SKTL dapat menyertai sukaneka ini.Tahnih buat penyelaras program iaitu Encik Hanif dapat menjalankan aktiviti dengan berjaya.

Lawatan RIMUP Ke Batu Pahat


Seramai 30 orang murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat bergabung dengan murid sekitar Pasir Gudang menjalankan aktiviti RIMUP. Guru pengiring bagi mewakili SKTL ialah Cikgu Harry Antara aktiviti yang paling menarik ialah melawat ke kilang Membuat keropok.
Tahniah kepada murid yang menyertai.

Lawatan Ke Taman Buaya, Pasir Gudang

Lawatan ke Taman Buaya telah diadakan pada 13 November 2009.Program ini diselaraskan oleh Encik Azrool dan Encik Hanif Musa. Merupakan satu pengalaman baru kepada guru dan murid kerana dapat melihat buaya dari dekat.

Sebanyak 3 buah bas telah ditempah khas bagi membawa murid seramai 250 orang ke sana.
Antara aktiviti yang dijalankan disana ialah penerangan dan sesi soal jawab oleh petugas Taman Buaya dan permainan kecil . Ada juga beberapa orang murid diberi kesempatan untuk memberi makan buaya dan memegang anak buaya.

Semoga program ke Taman Buaya Pasir Gudang dapat diteruskan lagi pada masa mendatang.

Isnin, November 16

Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur

Selamat menjalani ibadat haji kepada Encik Zaki dan isteri ke Tanah Suci Mekah.Semoga mendapat haji yang mambrur dan berkeadaan sihat untuk menjalani ibadah haji disana.

Warga SKTL

Khamis, November 12

HARI ANUGERAH CEMERALNG




SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PIHAK
KEMPAS EDIBLE OIL
kerana sudi merasmikan


Para pelajar yang berjaya menerima anugerah kecemerlangan diucapkan tahniah dan syabas.
Semoga majlis ini akan merangsang lagi kejayaan untuk para pelajar yang lain.

HARI ANUGERAH CEMERLANG

Anugerah Cemerlang 2009 telah dijayakan pada 6 November 2009 bersamaan hari Jumaat . Wakil Kempas Edible Oil Encik Imran Ismail dan Cik Norliza Saparin hadir untuk perasmian majlis. Pihak pengurusan mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada pihak KEMPAS.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA




Ahad, November 1

KEMBARA RIMBA

En Harry ....En Suhardi .......Encik Mos berjaya menjalankan program KEMBARA RIMBA bersama para pelajar tahun 6 sesi 2009......................Masa terluang terisi dengan aktiviti berafedah.

FOOD FEST

Julung julung kali FOOD FEST dijayakan oleh para pelajar tahun 6 untuk mengisi Program Selepas UPSR. Syabas...teacher Afiza dan rakan - rakan guru tahun 6. Tahun depan boleh order ice blender untuk guru - guru ..............................................hari tu tak cukuplah.......

Program Selepas UPSR ( LAWATAN )

Para pelajar Tahun 6 menyertai lawatan ke Kuala Lumpur bersama guru - guru tahun 6. Terima kasih diucapkan kepada guru - guru pengiring.

SALAM PERPISAHAH



Encik Muhammad Najib Sulaiman GPK HEM SKTL berpindah setara ke SK PG 4 sebagai GPK KO KURIKUUM. Warga SKTL kehilangan seorang lagi orang lama D'Tanjung. Encik Najib telah menabur bakti berkhidmat selama 14 tahun di SKTL. Seorang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab.