Selasa, Januari 22


MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013



          17 Januari 2013.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Ibrahim Bin Ramli, Ketua Kampung Tanjung Langsat kerana sudi menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal persekolahan 2013.
          Beliau telah menyampaikan sebanyak RM 100.00  kepada setiap ibubapa pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat.
          
          Pihak sekolah sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Ibrahim Bin Ramli  atas kesudian menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat.











JAMUAN AKHIR TAHUN BKGK 2012

12 Januari 2013 - Jamuan Makan Akhir Tahun Guru dan Staf telah berlangsung dengan jayanya di D'Latios, Pasir Gudang dibawah kendalian Kelab Guru dan Kakitangan SKTL yang dipimpin oleh Encik Azian.
     Majlis turut diserikan dengan kehadiran dua orang yang tidak asing lagi iaitu Encik Mhd Nor Bin Salim dan Puan Salijah Binti Kinchot selaku YDP PIBG dan isteri. Walaubagaimanapun, seorang dari kalangan guru tidak dapat hadir iaitu Cikgu Rosdi Musa kerana isteri beliau telah bersalin. 
             Jamuan ini juga diadakan sempena majlis perpisahan kepada dua individu  yang telah  bertukar ke sekolah baru iaitu Tuan Haji Zaki dan Encik Misron. Suasana terharu apabila kedua dua yang dirai memberikan ucapan terakhir kepada semua warga SKTL. 
     Majlis diteruskan dengan menikmati juadah makanan dan sesi penyampaian hadiah. Walaupun dalam keadaan bersederhana tetapi majlis ini tetap meriah . Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis ini.

Dari lensa Cik Dalila

Penyampaian hadiah kepada yang dirai.






Ahad, Januari 20

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR (ENCIK MISRON) DAN GPK 1 (HAJI ZAKI)


11 JANUARI 2013, 

         SK Tg Langsat sekali lagi mencipta sejarah pada pagi yang hening ini. Satu majlis perpisahan telah diadakan kepada dua orang pendidik disekolah ini iaitu Tuan GUru Besar, Encik Misron Bin Sukiman yang berpindah ke SK Taman Mount Austin dan Tuan Haji Muhammad Zaki Bin Hitam yang bertukar ke SK BAndar Seri Alam 2.
            Majlis telah dimulai pada pukul 10.00 dan diiringi dengan tayangan video yang mengharukan suasana yang damai. Ucapan nasihat oleh kedua-dua yang dirai juga banyak memberi kesan kepada murid dan guru. Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan majlis kemuncaknya acara bersalaman dan lambaian terakhir daripada murid.
            Tuan Haji Zaki bukanlah individu yang asing bagi SKTL dan penduduk Kampung Tanjung Langsat kerana beliau merupakan antara pendidik yang lama disiNni iaitu selama 12 tahun.
            Manakala Tuan Guru Besar pula, walaupun hanya dapat berkhidmat selama 1 tahun tetapi banyak jasanya telah dicurahkan kepada SKTL antaranya ialah projek menceriakan kawasan sekolah, Program Headcount, Program Tahun 6, Program Kunjung Bantu dan berbagai bagai idea yang baharu untuk sekolah.
            SELAMAT BERPISAH DAN SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU DARI KAMI WARGA SK TANJUNG LANGSAT .HANYA TITISAN AIR MATA DAN IRINGAN DOA YANG MAMPU KAMI KIRIMKAN MOGA MENJADI NOSTALGIA INDAH KETIKA BERSAMA DI TERATAK KECIL BERNAMA SK TANJUNG LANGSAT SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU.










Hari Pertama Persekolahan

        Pada 2 Januari 2013 (Rabu) Hari petama persekolahan telah bermula, semua pelajar telah kembali ke sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan 2013. Semua ibu bapa sibuk menguruskan anak-anak mereka terutamanya pelajar tahun 1 dan prasekolah. tidak terkecuali juga kepada guru-guru yang terpaksa-bertungkus lumus melakukan tugas masing-masing bagi melancarkan segala urusan untuk permulaan sesi persekolahan 2013 ini.

Selamat Datang GPK Kurikulum SK Tanjung Langsat yang baharu.


Warga SKTL mengucapkan selamat datang kepada GPK Kurikulum yang baru iaitu Encik Rodzuan Bin Razikin ke SK Tanjung Langsat . Beliau memulakan tugas pertama beliau di sekolah ini pada 1 Januari 2013  .

Beliau merupakan bekas GPK Kurikulum SK Taman Rinting 1. Semoga beliau akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang di sekolah ini.
MAJLIS TRANSISI TAHUN 1 & MAJLIS PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH 2013

TARIKH : 29 DISEMBER 2013
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN HARAPAN, SK TANJUNG LANGSAT


Objektif:
  1. Memperluaskan pengalaman Prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid - murid Tahun Satu 2013
  2. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak - kanak dan guru.
  3. Memberi peluang kepada murid yang lemah mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti berterusan.
  4. Menyediakan proses pembelajaran dan pengajaran dalam suasana yang menyeronokkan.

Matlamat & Visi:

Program Transisi ini diharapkan:-
  1. Meningkatkan perkembangan potensi diri murid dalam bidang Kognitif dan Bahasa, Psikomotor dan Fizikal, Sosial Emosi secara beransur dan sistematik. 
  2. Dapat mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan sosial murid.
  3. Membantu murid yang lemah mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti berterusan.


Aturcara
8.00 - 8.30
- Pendaftaran

Aturcara Murid Transisi dan Prasekolah
8.30-9.30 
- Pertandingan Mewarna, Tayangan Video dan Rekacipta

Aturcara Ibu Bapa
8.30-10.30 
- ucapan alu-aluan pengerusi majlis
- ucapan Tuan Guru Besar (Encik Misron Bin Sukiman)
- Taklimat Transisi (Puan Hazmawani)
- Taklimat KSSR (Cik Dalila Diyana)
- Taklimat Disiplin (Encik Mohd Shah)
- Taklimat J-Qaf ( Ustazah Rosni)
- Penyerahan buku teks
- Penyampaian hadiah
- Bersurai









Isnin, Januari 14

Majlis Perpisahan Hj. Zaki dan Encik Misron

Majlis Perpisahan Hj. Zaki (GPK 1) dan Encik Misron Bin Sukiman (Guru Besar) telah diadakan pada 11 Januari 2013.

Jumaat, Januari 11

Majlis Akujanji UPSR 2013

Diadakan pada 10 Januari 2013 dan bertempat di Dewan Harapan.