Ahad, Januari 20

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR (ENCIK MISRON) DAN GPK 1 (HAJI ZAKI)


11 JANUARI 2013, 

         SK Tg Langsat sekali lagi mencipta sejarah pada pagi yang hening ini. Satu majlis perpisahan telah diadakan kepada dua orang pendidik disekolah ini iaitu Tuan GUru Besar, Encik Misron Bin Sukiman yang berpindah ke SK Taman Mount Austin dan Tuan Haji Muhammad Zaki Bin Hitam yang bertukar ke SK BAndar Seri Alam 2.
            Majlis telah dimulai pada pukul 10.00 dan diiringi dengan tayangan video yang mengharukan suasana yang damai. Ucapan nasihat oleh kedua-dua yang dirai juga banyak memberi kesan kepada murid dan guru. Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan majlis kemuncaknya acara bersalaman dan lambaian terakhir daripada murid.
            Tuan Haji Zaki bukanlah individu yang asing bagi SKTL dan penduduk Kampung Tanjung Langsat kerana beliau merupakan antara pendidik yang lama disiNni iaitu selama 12 tahun.
            Manakala Tuan Guru Besar pula, walaupun hanya dapat berkhidmat selama 1 tahun tetapi banyak jasanya telah dicurahkan kepada SKTL antaranya ialah projek menceriakan kawasan sekolah, Program Headcount, Program Tahun 6, Program Kunjung Bantu dan berbagai bagai idea yang baharu untuk sekolah.
            SELAMAT BERPISAH DAN SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU DARI KAMI WARGA SK TANJUNG LANGSAT .HANYA TITISAN AIR MATA DAN IRINGAN DOA YANG MAMPU KAMI KIRIMKAN MOGA MENJADI NOSTALGIA INDAH KETIKA BERSAMA DI TERATAK KECIL BERNAMA SK TANJUNG LANGSAT SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan