Encik Franky Sim , Guru Besar SKTL disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Muar kerana serangan mengejut darah tinggi ketika beliau berada di sebuah kedai. Jenazah mendiang telah disemadikan di perkuburan Pagoh Muar.
Seluruh warga D'Tanjung terkejut dan bersedih dengan pemergian beliau. Beliau seorang Guru Besar yang berdisiplin , berwibawa , sentiasa menunjukkan komitmen yang baik kepada sekolah. Sepanjang beliau bertugas di sekolah selama 2 bulan 14 hari di SKTL beliau sempat menabur bakti terbaik di SKTL. Beliau sempat menanam 10 batang anak kelapa mawar , mengalihakn pokok pinang raja yang menghiasi sekolah ke lokasi yang lebih menarik. Hari terakhir beliau berada di sekolah beliau telah sempat menurunkan kreativiti hasil mural beliau bersama pelajar Tahun 6 dan Encik Kamsani. Sempat juga beliau melaksanakan projek menukar nakor tingkat2 bangunan Blok D dan melebarkan lagi kawasan parking kereta bersama pekerja sekolah.
Beliau juga membantu guru guru tahun 6 di saat genting PECUTAN AKHIR UPSR. Beliau turut serta turun padang mengajar Bahasa Inggeris di tahun 6 , menghadiri dan meraikan program majlis restu , majlis berbuka puasa dan solat hajat perdana. Mendiang sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak seperti PIBG, guru - guru , pekerja sekolah dan juga penduduk setempat. Perjalanan yang sangat baik dicontohi............dan sukar diikuti.