Selasa, Jun 24

PEMERIKSAAN PERGIGIAN

PEMERIKSAAN PERGIGIAN

Bermula 24 Jun 2014 para jururawat dari Klinik Pergigian Pasir Gudang telah dan akan berada di SKTL bagi menyampaikan ceramah dan menjalankan pemeriksaan pergigian untuk murid pra sekolah, tahun 1 dan tahun 6.

Diharapkan murid-murid tahun 1 dan tahun 6 SKTL dapat manfaatkan ilmu yang diperolehi dan menjaga kesihatan diri mereka sebaik-baiknya.

 

Isnin, Jun 23

Raptai Sukan Sekolah

Raptai penuh sukan tahunan telah dijalankan pada 18 Jun 2014.
Raptai penuh diadakan bertujuan untuk melicinkan perjalan sukan sebenar yang akan berlangsung pada 19 Jun ini.

Ahad, Jun 22

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE- 2014



Pada 22 Jun 2014 (Sabtu) yang lalu, SK Tanjung langsat telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke sekolah ini. Bermula jam 7:40 pagi, murid- murid mula mengambil tempat di rumah sukan masing- masing diikuti ketibaan para jemputan dan ibu bapa. Acara diteruskan dengan perbarisan murid dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Johor dan lagu sekolah. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Imam Kampung Tanjung Langsat. Guru Besar, Pn Hjh Roohana binti Ali kemudiannya memberikan ucapan aluan diikuti ucapan perasmian oleh Encik Azmi , selaku wakil Ketua Kampung Tanjung Langsat.







Khamis, Jun 19

LATIHAN RUMAH SUKAN

Latihan rumah sukan sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke- 34 (2014) telah bermula sejak 8 Jun 2014 mengikut jadual yang telah ditetapkan.

i.  Acara balapan = Semua murid tahun 1 hingga tahun 6
ii. Acara padang  = Murid tahun 4 hingga 6 sahaja.

Acara-acara yang akan dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Tahunan ke- 34 (2014) adalah seperti di bawah:

Acara Balapan:
i.   Lari 100 meter
ii.  Lari 200 meter
iii. Lari 4 x 100 meter
iv. Lari 4 x 200 meter

Acara Padang:
i.   Lompat jauh
ii.  Lompat tinggi
iii. Lontar peluru


Jumaat, Jun 13

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK ROSDI DAN CIK NUR IZZAH

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK ROSDI DAN CIK NUR IZZAH


Jasamu Dikenang……
10 Jun 2014