Khamis, Januari 21

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

  • Selamat bertugas di sekolah baru buat guru guru SKTL yang berpindah keluar, Cik Afiza Jamaludin yang berpindah ke Melaka , En Harry , Puan Hildawati dan En Mos yang pulang ke Sarawak awal tahun 2010. Pengorbanan dan jasa kalian di SKTL memberi kesan yang besar kepada kami. Kehilangan kalian sangat dirasai. Cik Afiza dijemput hadir jamuan perpisahan pada awal Febuari nanti. Jangan tak dtg pulak.......5 Februari 2010....jumpa D'Tanjung nanti.

Selamat bertugas



Selamat datang guru besar baru. Encik Mohamed Abbas Roban ditugaskan di SKTL bermula Disember 2009. Semoga beliau akan membawa warga SKTL lebih cemerlang lagi. Warga SKTL menyambut riang kehadiran beliau di sekolah.....

Rabu, Januari 20

Sukan Tahunan Bermula


Latihan Sukan tahunan SKTL telah bermula pada 19 Januari 2010.Seperti tahun tahun yang lalu murid dan guru bersama-sama menjayakan latihan sukan dengan semangat tetapi ada kelainan tahun ini dimana ketiga-tiga GPK turut diberi rumah sukan juga sebagai pembakar semangat kepada semua guru dan murid.


Diharap sukan tahun ini dapat berjalan dengan lebih lancar dan lebih meriah dari tahun tahun yang lalu atas kendalian Cikgu Hanif yang juga merangkap SU Sukan bersama pembantu peribadi beliau CIkgu Azrool.