Selasa, Januari 22

JAMUAN AKHIR TAHUN BKGK 2012

12 Januari 2013 - Jamuan Makan Akhir Tahun Guru dan Staf telah berlangsung dengan jayanya di D'Latios, Pasir Gudang dibawah kendalian Kelab Guru dan Kakitangan SKTL yang dipimpin oleh Encik Azian.
     Majlis turut diserikan dengan kehadiran dua orang yang tidak asing lagi iaitu Encik Mhd Nor Bin Salim dan Puan Salijah Binti Kinchot selaku YDP PIBG dan isteri. Walaubagaimanapun, seorang dari kalangan guru tidak dapat hadir iaitu Cikgu Rosdi Musa kerana isteri beliau telah bersalin. 
             Jamuan ini juga diadakan sempena majlis perpisahan kepada dua individu  yang telah  bertukar ke sekolah baru iaitu Tuan Haji Zaki dan Encik Misron. Suasana terharu apabila kedua dua yang dirai memberikan ucapan terakhir kepada semua warga SKTL. 
     Majlis diteruskan dengan menikmati juadah makanan dan sesi penyampaian hadiah. Walaupun dalam keadaan bersederhana tetapi majlis ini tetap meriah . Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis ini.

Dari lensa Cik Dalila

Penyampaian hadiah kepada yang dirai.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan