Salam.
Isu kertas soalan bocor yang
melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2014, telah menggemparkan seluruh negara. Semua
orang marah, geram dan kecewa dari pemandu kereta sewa sehinggalah kepada ahli-ahli parlimen. Golongan guru
dan ibubapa
paling terasa, itu belum termasuk calon-calon UPSR
sendiri yang
merasakan usaha selama 9 bulan sepanjang tahun ini dianggap seolah sia-sia saja.
Kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 merupakan yang terawal didapati bocor pada 10 September 2014 sehari selepas itu kertas Bahasa
Inggeris
014/1 dan
014/2 telah diisytiharkan bocor oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia. Kemudian pada 21
September yang lalu, Ketua
Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan menerima dua laporan
polis berhubung dakwaan terdapat kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2014 bagi mata pelajaran
Bahasa Tamil dan Matematik. Laporan itu difahamkan telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
Ekoran daripada insiden-insiden kebocoran tersebut, pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia telah menjadualkan semula kertas-kertas yang
didapat bocor seperti berikut:
30 September 2014
Kertas Sains 108, 028 dan 038
Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2
9 Oktober
2014
Kertas Matematik 015/1, 025/1 dan
035/1
Kertas Bahasa Tamil 036 dan 037
Walaupun pada terasa juga bahangnya akibat kebocoran kertas soalan UPSR
2014, namun calon-calon UPSR
2014, SK Tanjung Langsat tabah dan telah mengambil langkah-langkah positif. Berbagai
program telah dijalankan sejak dari awal cuti sehingga 29
September 2014 untuk menghadapai UPSR
ULANGAN.
Antaranya ialah Bacaan
Yassin, Solat Hajat Berjemaah dan Kelas Tambahan semasa cuti .
Kehadiran dari wakil PPD iaitu Tn. Hj. Hazrul Nizam Bin Mohmad Sahibek, Penolong PPD j-QAF juga memberi semangat kepada pelajar supaya tidak bersedih akibat peperiksaan ulangan yang mana ada hikmah disebaliknya.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan