Khamis, Mei 22

PROGRAM KEPIMPINAN 2014


22 Mei 2014Program Kepimpinan telah berjaya dijalankan pada hari ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Ia adalah anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin, SKTL.
          Program
ini bertujuan membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas sekolah, pengawas perpustakaan serta ketua dan penolong kelas supaya mempunyai jati diri yang tinggi dalam menjalankan tugas dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
          Program
ini telah dijayakan dengan adanya penceramah jemputan iaitu Encik Jai yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kaunseling.
         
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Tanjung Langsat iaitu Puan Hjh Roohana Binti Ali.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Pelaksana yang begitu komited menjalankan tugas. Syabas diucapkan kepada semua  yang telah menghadiri program pada hari ini.

         
Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini dijalankan:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan