Jumaat, Mei 30

MOTIVASI JATIDIRI MURID TAHUN 5 DAN 6 2014

 Tarikh : 27 dan 28 Mei 2014 (2 hari)
 Hari: Selasa dan Rabu
 Masa : 7.30 pagi – 12.20 tengah hari
 Tempat : Dewan Harapan, SKTL


PENGENALAN
Dewasa ini pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan oleh pihak sekolah ke arah mempertingkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri pelajar terutamanya terhadap murid tahun 6 yang akan bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini dan persiapan awal bagi murid tahun 5. . Mereka adalah aset sekolah yang amat penting sama ada dalam bentuk kuantiti atau kualiti yang dihasilkan oleh sekolah.

OBJEKTIF
Untuk memberikan pendedahan bagaimana membentuk sahsiah diri yang baik dan cemerlang sebagai seorang pelajar yang boleh dibanggakan oleh pihak sekolah, ibu bapa, guru-guru dan masyarakat serta negara.

Program motivasi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada anak murid SK Tanjung Langsat, dan secara tidak langsung memberikan menerapkan nilai-nilai murni sebagai seorang pelajar. Program ini pihak sekolah, telah menjemput, En. Azian Bin Zainul Bidin ,untuk menyampaikan ceramah banyak ilmu yang bermanfaat, input dan output dari slot ceramah yang di sampaikan oleh En.Azian . Ianya amat berguna kepada murid-murid, dan admin berharap pelajar SK Tg Langsat dapat pengajaran, serta mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Apakah maksud Jati Diri?
berdasarkan daripada Kamus Dewan, perkataan "Jati" membawa maksudsifat atau ciri yg unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yg menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identity.


Manakala, perkataan "Jati Diri" pula di definisikan sebagaiidentiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi.

PERSONALIA
Penceramah terdiri daripada guru-guru matapelajaran teras tahun 5 iaitu :-

En Mohd Shah Bin Aziz (Sains)
En. Azian Bin Zainul Bidin (Bahasa Melayu)
En. Hasrul Bin Ismail (Matematik)
Pn.Hazmawani Binti M.A Hassan(Bahasa Inggeris)


Aturcara Program
MASA
ATURCARA
TINDAKAN
7.15 pagi
Pendaftaran
En Shah
7.30 pagi – 8.00 pagi
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
En Shah
8.00 pagi - 10.00 pagi
Bahasa Melayu
En Azian
10.00 pagi – 10.20 pagi
Rehat
10.20 pagi  - 12.20 pagi
Bahasa Inggeris
Pn Hazmawani


Disebalik tabir ketika program motivasi berlangsung :





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan